Kenali Kami
Kami menghasilkan busana tempahan khas dengan sulaman halus, potongan elegan, dan kualiti premium untuk menyerlahkan keanggunan wanita Malaysia.
Siapa kami & apa yang kami lakukan
Butik Kechubung ialah butik sulaman dan busana eksklusif yang berpusat di Shah Alam Malaysia, menampilkan rekaan elegan dengan sentuhan moden dan tradisi. Kami percaya bahawa setiap helaian kain mampu menceritakan kisah keindahan, keanggunan, dan keperibadian wanita yang memakainya.
Dengan pengalaman dalam bidang rekaan dan jahitan halus, kami menghasilkan pelbagai koleksi busana termasuk kebaya moden, kurung eksklusif, dress resepsi, sulaman goyang kerawang, dan sulaman 3D yang direka dengan penuh ketelitian. Setiap rekaan dihasilkan secara tempahan khas (custom made) untuk memastikan kesempurnaan dari segi potongan, warna, dan perincian.
Kualiti Rekaan
Ekspresi Diri